Isnin, 3 Februari 2014

Aku & Majlis Graduasi


*Assalamualaikum dan selamat sejahtera*

            Kadang-kadang perkataan tak boleh menggambarkan perasaan kita. Perasaan kita ni macam magik, sekejap dia boleh gembira, sekejap dia boleh sedih, sekejap dia boleh campur baur. Begitu jugak dengan perasaan aku. Macam-macam perasaan ada, hanya keluarkan sahaje istilah-istilah perasaan . :) Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana aku diberi kesempatan lulus, dan dapat pegang ijazah. Walaupun result aku taklah segegak gempita dan sehebat orang lain, tapi aku masih bersyukur sebab setimpal dengan usaha aku yang tak seberapa dan aku percaya rezeki aku memang setakat ini. :) 

             Universiti Malaysia Kelantan ni baru buat majlis graduasi kali ke 3, jadi aturcara majlis dan tahap gah nye mestilah dibawah standart universiti lain. Buat pun dekat hotel sebab universiti masih dalam pembinaan katanye. Aku tak kisah, buatlah dekat mana pun, objektifnya tetap jugak tercapai , iaitu aku dapat pakai jubah, naik atas pentas, salam naib canselor, ambik degree dan jalan laju laju dengan muka bangga. Hati tak payah kata la, dup dab dup dab macam nak terkeluar. Aku kongsi gembira tengok kawan-kawan ketawa girang, sengih macam kerang sepanjang majlis. Tapi part lagu rasmi konvo universiti malaysia kelantan " Detik Ini" tu berkumandang, masing masing acah acah cool, padahal bawah kelopak mata ada tubir tubir jernih tunggu masa nak runtuh. Sedih meninggalkan semua nya. Kawan-kawan, pensyarah, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Irama, semuanya lah yang ada dekat kelantan tu. 

          Tapi macam yang selalu kita dengar, hidup mesti diteruskan. 4 tahun kat UMK dah berlalu. Takde lagi zaman lepak sampai pagi dekat mcd, takde lagi sewa keta menggila pergi overnight, takde lagi gaduh sakan sebab assignment group kucar kacir, takde lagi tunggu geng nak pergi makan. Semuanya adalah keeenaaangaaannn. :) Sebelum masing-masing hilang ikut mak ayah, ikut laki, ikut gf, ikut abang akak balik rumah lepas konvo tu, ada macam-macam versi amanat yang aku dengar. Tapi 3 ni paling famous.

1. Kahwin nanti jangan lupe jemput aku !!!!! Aku nak apply cuti khas untuk ko *sambil peluk kuat-kuat*
2. Kita buat reunion nanti lagi 10 tahun tauuuu. Tak sabarnyaaaa.,nanti mesti masing-masing bawak anak
3. Jangan tukar no phone, senang aku nak kontek ko !!!

       Bila aku fikir-fikir balik, macam takkan menjadi je semua amanat tu. Realistiknya mesti ada antara kawan-kawan aku (aku mungkin?) yang jadi MIA (missing in action). Yelah, kawan-kawan semua mungkin kerja bagus-bagus, gaji besar-besar, ada keluarga bahagia. Sedangkan time tu aku mungkin masih lagi sememeh, kerja pon lompat-lompat sebab asyik gaduh dengan management, awek jauh panggang dari api. Hewheww. Mungkin aku akan monitor kawan-kawan dari jauh je. Tapi mintak dijauhkan lah.

         Setakat ni sahajelah cerita aku dan konvokesyen dalam entri ni. Sebenarnya lama gila aku tak update blog ni, aku lupa sebenarnya aku ada blog. Mungkin jugak aku dah bosan dengan facebook. Asyik tengok ustaz/ustazah google, budak baru nak up buat benda-benda karut marut, tengok couple islamik till jannah tu semua. Jadi aku ambik keputusan nak menenangkan jiwa aku dengan menulis. InsyaAllah. 

*wassalam* 
            
  none